Bilik Superior dibina untuk kepuasan jemaah yang menziarahi Madinah sebelum atau selepas menunaikan Umrah atau Haji. Bilik elegan berkeluasan 35 meter persegi (377 kaki persegi) ini menawarkan pemandangan tanah suci yang mengasyikkan. Katil kembar yang dilengkapi dengan cadar putih dan bantal mewah menjanjikan suasana rehat dan relaks. Masjid Nabawi serta Perkuburan Baqi’ hanya beberapa minit perjalanan dari hotel.
Sebuah TV skrin besar dan saluran satelit sangat ideal di kala kepenatan. Wi-Fi berkelajuan tinggi percuma memastikan pengunjung sentiasa berhubung. Pelan lantai terbuka menawarkan ruang maksimum untuk beristirehat dan beribadah.
Pullman Zamzam Madina ialah sebuah kediaman moden untuk para jemaah di tengah-tengah bandar Madinah.