Pengunjung yang menziarahi Madinah selepas menunaikan Haji atau Umrah boleh mencuci mata dengan pemandangan Masjid Nabawi, termasuk keindahan Kubah Hijau yang memukau dari Bilik King Deluxe mereka. Jabal Uhud tersergam indah di belakang kubah dan menara.
Cadar putih bagai satu jemputan untuk berehat dan bermuhasabah. Pelan lantai terbuka seluas 35 meter persegi (377 kaki persegi) menawarkan ruang yang luas berserta Wi-Fi percuma untuk memastikan pengunjung sentiasa berhubung. Servis bilik yang cepat dan mesra pelanggan menyediakan hidangan segar dan lazat yang dihasilkan mengikut resepi antarabangsa sepanjang hari.
Bilik Pullman Deluxe ialah kediaman dan pusat bagi pengunjung seluruh dunia di Madinah. Ini kerana kami memahami kehendak para jemaah dalam pengembaran yang dinanti-nantikan ini.